(8 Foto) Wow Meriahnya Majlis Baby Shower Jihan, Doktor Umum Jihan Dapat Baby Boy, Tahniah!

 

Amboi bukan main lagi pengacara dan pelawak Jihan Muse sekarang. Tidak dinafikan sejak dirinya mengandung Jihan kelihatan sangat berseri-seri dan bergaya.

Seperti yang kita tahu hari ini Jihan dan suaminya ada membuat satu majlis ‘baby shower’ yang bertemakan konsep bohemian.

Apa yang menarik, selain daripada mengadakan pelbagai aktiviti seperti teka makanan sambil tutup mata, cabaran memakai pampers dan menonton tayangan istimewa episod terkini E-bu, majlis ini juga mengadakan satu polling di mana tetamu boleh meneka apakah jantina bayi Jihan.

Alhamdulillah, melalui panggilan video secara langsung bersama Dr Norleen Mohd Salleh, Consultant Obstetrician & Gynaecologist yang merupakan doktor yang bertanggung jawab terhadap kesihatan kandungan Jihan telah mengesahkan secara ekslusif, Jihan bakal melahirkan seorang bayi lelaki!

Wahhh tahniah! Beberapa rakan selebriti turut hadir berkongsi rasa gembira bersama pengacara Gegar Vaganza ini. Antara yang kelihatan Nad Zainal, Mark Adam, Farah Fauzana, Ahli Keluarga Nabil Ahmad dan ramai lagi… Okay tak perlu cakap banyak #MHBelanjaGambar kemeriahan majlis Hi Mommy Jihan!

SUMBER GAMBAR: Instagram #himommyjihan #babyninja

Kredit : Media Hiburan