Ada Yang Katakan Wajahnya Mirip Scha Alyahya, Kakak Aliff Syukri Jadi Perhatian

Baru-baru ini, kakak kepada usahawan selebriti popular Datuk Aliff Syukri, Noor Hayati Kamarzaman menjadi perhatian netizen selepas kongsikan pendapatnya tentang usahawan yang bertukar jantina untuk melariskan produk.

Kita doakan yg baik2..

A post shared by Product Info:Whstpp 0193042133 (@yatie_sendayutinggi) on

Ramai yang terkejut bahawa Datuk Aliff Syukri memiliki seorang kakak yang cukup cantik. Sama cantik seperti ibunya, Rozita Ibrahim, pengasas kosmetik popular satu ketika dahulu.

Lebih dikenali sebagai Yatie, dia kini meneruskan legasi ibunya sebagai Pengarah Kreatif di Sendayu Tinggi.

Rata-rata netizen mengatakan wajah Yatie mirip pelakon dan pengacara cantik Scha Alyahya. Memang cantik orangnya. Cuba korang tengok sama ke tidak dengan Scha Alyahya.

Sumber: Instagram Yatie SendayuTinggi via rotikaya