‘Akidah Anak Perlu Dijaga’ – Dikecam Raikan Christmas, Ini Respon Balas Aeril Zafrel

Pelakon Aeril Zafrel sememangnya antara artis yang aktif di media sosial. Apa sahaja dilakukan pasti dikongsi dengan peminat. Memang terhibur tengok telatah keluarga dia. Tambahan Aeril memang pandai melawak dengan kapsyen kaspyen yang kelakar.

Baru baru ini dia ada berkongsi video telatah anaknya yang ralit menyanyi. Memang comel sungguh. Namun, video itu dikecam segelintir netizen yang beranggapan Aeril patut menjaga akidah anak. Aik kenapa pula ini?

Dia nyanyi lagu apa ni?

Menerusi laman Instagram Aeril Zafrel, dia berkongsi telatah anaknya yang sedang menyanyi. Video itu mendapat perhatian netizen yang rata-ratanya fokus kepada pokok christmas di sebelah anaknya. Ramai menganggap pokok kristmas itu berada di dalam rumah mereka.

Namun sebenarnya video itu bukan diambil di dalam rumah mereka. Ini penjelasan sebenar pihak Aeril.
Pokok itu dihotel

Aeril memohon maaf kepada peminatnya dan menjelaskan bahawa pokok itu berada di hotel. Jadi harap orang luar faham. Jangan kecam kecam okay!

Sumber : Aeril Zafrel