“Alhamdulillah…Hajat Nak Bawa Isteri Dan Anak-Anak Menghadap Kaabah Tercapai” – Ajak Shiro

 

Pelawak dan penyampai radio Ajak (Shiro) berkongsi rasa syukurnya apabila hajat untuk membawa isteri dan anak-anaknya ke tanah suci Mekah tercapai.

Astro Gempak difahamkan, selain isteri dan anak-anak Ajak turut membawa kedua-dua ibu bapanya serta mentuanya untuk menjalani ibadah umrah bersama dia dan keluarga.

Menerusi entri yang dimuat naik Ajak kira-kira jam 7 pagi tadi, dia turut meminta orang ramai mendoakan perjalanan mereka sekeluarga berjalan lancar dan dipermudahkan.

Ajak bersama rombongannya dijadualkan berangkat ke Mekah pada hari ini.

Dalam artikel terdahulu, Ajak pernah memberitahu Astro Gempak dia bakal membawakan keluarganya mengerjakan umrah pada bulan Disember.

Menurut Ajak niat untuk membawa seluruh ahli keluarga ke Mekah sudah lama disimpan dan akhirnya tertunai kerana diberikan rezeki yang lebih oleh Allah SWT.


Di ruangan komen para pengikut dan peminat naib juara Maharaja Lawak Mega 2017 itu memuji sikap Ajak yang sentiasa mementingkan keluarga, terutama isteri dan anak-anaknya.

Mereka turut mendoakan ibadah umrah Ajak dan seluruh ahli keluarganya berjalan lancar dan dipermudahkan Allah SWT.

Sumber – gempak