Dikecam Tak Sambut Birthday Anak Dengan Isteri Pertama, Ude Wahid Nyahaktif Instagram?

 

Perkahwinan rahsia antara pemuzik Gegar Vaganza, Ude Wahid, 29, dengan pelakon, Izreen Azminda, 32, kini sudah tidak rahsia lagi. Sejak ia didedahkan oleh isteri pertama Ude Wahid, pasangan ini menerima kecaman Netizen sehinggakan mereka berdua terpaksa mematikan fungsi komen di akaun Instagram masing-masing.


Terbaru, Ude dan Izreen telah mengadakan sambutan ulangtahun kelahiran anak Ude bersama isteri pertama, Intan Liana Azman, 32, iaitu Arish Muqri, 3, dan Ariq Mushri, 1. Khabarnya, Izreen telah menempah dua kek untuk meraikan dua adik-beradik itu di kediamannya. Bagaimanapun, sambutan yang turut melibatkan ibu Ude itu tidak melibatkan Intan Liana. Dalam kapsyen yang ditulis, Izreen mengucapkan terima kasih kepada ibu mertuanya kerana sudi datang makan nasi ayam bungkus di rumahnya.

Keseluruhan artikel dengan membaca entri ini sepenuhnya.


Sebaliknya, Intan melalui akaun Instagramnya memuat naik gambar-gambar menunjukkan dia menyambut hari lahir anak-anaknya dengan adik -beradik dan rakan-rakannya di tempat dan waktu yang berlainan.

Sehubungan itu, Netizen telah menulis komen mengenai Ude di ruangan komen Instagram Intan.  Ude disifatkan berlaku tidak adil kerana tidak menjemput Intan yang merupakan ibu kandung kepada anak-anaknya dan mereka juga menyifatkan Izreen telah meruntuhkan rumahtangga Ude dan Intan. Ude juga tidak ada di majlis di mana Intan menyambut ulangtahun kelahiran anak-anaknya itu.

Screen_Shot_2017-12-27_at_10.13.31_AM
Screen_Shot_2017-12-27_at_10.14.22_AM

Screen_Shot_2017-12-27_at_10.14.42_AM

Screen_Shot_2017-12-27_at_10.15.11_AM

Bagaimanapun, seorang Netizen telah menegur pengguna Instagram yang disifatkan cuba memfitnah ibu Ude Wahid.Screen_Shot_2017-12-27_at_10.13.59_AM

Bagi penulis, ada baiknya kita mengelak dari komen mengenai perkara yang kita tidak tahu mengenai ibu orang lain.

Ude bagaimanapun telah menyahaktifkan akaun Instagramnya, dipercayai kerana komen-komen Netizen yang ditujukan kepadanya.

Setakat ini, tidak diketahui mengapa Intan tidak ada bersama-sama menyambut ulangtahun kelahiran anak-anaknya. Diharap semua baik saja buat mereka bertiga.

Sumber –beautifulnara.com