Ditinggalkan Kerana Pandu Kereta Kancil, Gadis Ini Bangkit Dan Buat Bekas Kekasih Menyesal Seumur Hidup!

 

MH ada terbaca satu perkongsian tentang seorang gadis yang ditinggalkan oleh kekasihnya hanya kerana dia memandu kereta Kancil.

Memang agak memberi inspirasi betul ceritanya ini! Bagi MH, apa yang gadis ini lakukan berbaloi, terbaik dan secara tidak langsung menambahkan semangat orang lain untuk terus berjaya dalam hidup dan jangan mudah mengalah apabila dikecewakan oleh kekasih sendiri.

Jom ikuti kisah gadis ini.
Gadis bernama Aifa Azlan ini berkongsi pengalaman paling sukar untuk dilupakan ditinggalkan hanya kerana kereta yang dipandunya itu hingga membuatkan dia memasang azam untuk terus perbaiki diri..

Menurutnya, sebenarnya ketika itu dia hanya meminjam kereta ibunya kerana masih belum berkerja.

Kantoi punyai hubungan sulit dengan perempuan lain…

Namun, bekas kekasihnya itu telah membuat keputusan untuk meninggalkannya dan kantoi mempunyai hubungan sulit bersama perempuan lain yang dikatakan memakai kereta Myvi.

Gadis berusia 25 tahun ini memberitahu zaman sekarang bukan perempuan sahaja yang mempunyai sifat kaki kikis dan mata duitan, sebaliknya lelaki juga ada perasaan sebegitu.

Melalui pengalaman, Aifa bangkit dan buktikan pada lelaki tersebut walaupun pernah memandu kereta kancil, tetapi dengan kesungguhan untuk perbaiki dan menaik taraf hidup sesiapa sahaja boleh berjaya sepertinya.

Kehidupan semakin baik!

Kini Aifa merupakan seorang pengasas produk kecantikan dan kosmetik, sudah berkahwin dengan lelaki pilihan hatinya dan bakal menerima cahaya mata ke-2.

Aifa sempat berterima kasih pada suaminya yang menerimanya seadanya.

“ Benda paling lawak yang pernah berlaku dalam hidup aku ialah aku ditinggalkan oleh seorang lelaki disebabkan dia dapat tahu aku pakai kereta kancil. Padahal masa tu aku tak kerja lagi. Kereta kancil nombor plate DAL 85** tu pun aku tibai kereta mak aku la. Kereta kancil pun still kena isi minyak still kena bayar roadtax!

“Dasar lelaki mata duitan. Nak perempuan drive myvi dan jazz je. Kancil mana layan. Sumpah demi Allah aku bengang plus kecewa gila nak mati masa tu. Senang-senang je dia tinggalkan aku bila tahu aku pakai kereta kancil. Hina dan jijik sangat bagi dia perempuan naik kancil kot.

“Tu dia tinggalkan aku lepastu kantoiiiiii dalam instagram dah bercinta dengan perempuan naik myvi. Kau rasa? Masa tu aku rasa nak lempang-lempang je muka dia tapi aku ingat mak aku selalu pesan tak baik dera binatang. Ok lah aku move on.

“Moral of the story yang aku nak bagitahu zaman sekarang bukan perempuan je kaki kikis dan mata duitan. Lelaki pun ada je yang pilih perempuan sebab harta. Hari ni aku dah buktikan perempuan yang dia pandang sebelah mata ni sebab naik kereta kancil pun boleh ubah hidup as long as dia berusaha untuk upgrade life dia.

“Kau jangan ingat orang susah ni selamanya susah. Jangan pandai-pandai menilai masa depan orang berdasarkan siapa dia hari ini.Untuk Muhd Firdaus terima kasih kerana sudi terima saya seadanya. Masa kita kenal dulu saya masih memandu kereta kancil DAL 85**. Nasib baik awak tak pandang harta dan rupa. Love you la,” tulisnya di status Facebook.

Hahhh so kepada individu di luar sana yang selalu memandang rendah terhadap nasib seseorang mungkin boleh hadam cerita ini sebaik yang mungkin.
Memang benar, kadang-kadang tu kita sendiri tidak tahu kemana nasib kita seterusnya.

Sumber – MediaHiburan