(Foto) Siapa Sangka 5 Selebriti Indonesia Ini Berkahwin Dengan Lelaki Malaysia

Perkahwinan adalah satu lembaran baru untuk merapatkan lagi hubungan keluarga. Perkahwinan berlainan bangsa, budaya dan negara bukanlah perkara baru dalam masyarakat kita.

Kalau ikutkan ramai orang Malaysia memilih pasangan dari negara seberang iaitu Indonesia. Tidak terkecuali selebriti Malaysia.

Kami senaraikan 5 jejaka Malaysia yang berkahwin dengan selebriti popular dari Indonesia!

1. BUNGA CITRA LESTARI & ASYRAF SINCLAIR

Perkahwinan pasangan ini mendapat liputan hangat dari dua negara. Pasangan pelakon ini iaitu Bunga Citra Lestari dan Ashraf Sinclair bernikah pada 8 Ogos 2008 dan dikurniakan seorang cahaya mata.

2. TYA ARIFFIN & ASYRAF KHALID

Pelakon Indonesia Tya Arifin berkahwin dengan seorang usahawan Malaysia, Asyraf Khalid pada tahun 2015. Asyraf Khalid merupakan anak kepada Datuk Khalid Mohammed Jiwa iaitu suami penyanyi nombor satu negara, Datuk Seri Siti Nurhaliza.

3. PRISIA NASUTION & IEDIL PUTRA

Pelakon dan model Indonesia, Prisia Nasution menamatkan zaman jandanya dengan pelakon Iedil Putra pada 1 Jun 2016. Ini merupakan perkahwinan kedua selepas bercerai dengan bekas suaminya Ananda Haris Siregar pada 2012.

4. POPPY PUTRI & DATO’ ABDUL RAHIM AL HAJ

Rr Putri Kusumaning Ayu atau Poppy Putri secara sahnya berkahwin dengan Dato ‘Abdul Rahim Al Haj, yang juga usahawan dari Malaysia pada Februari tahun lalu.

5. CLAUDIA CINTYA BELLA & ENGKU EMRAN

Pelakon dan penyanyi tersohor Indonesia, Claudia Cintya Bella, memilih untuk berkahwin dengan bekas suami Erra Fazira, Engku Emran. Pasangan itu memilih untuk berkahwin selepas berkenalan selama berapa bulan.

Sumber – hanasuva