Innalillah, Latiff Borgiba Meninggal Dunia Pada Hari Lahir Ke-80.. Semoga Rohnya Dicucuri Rahmat

 

PETALING JAYA: Pelakon veteran yang terkenal dengan watak samseng iaitu Latiff Borgiba meninggal dunia pada Khamis ketika menyambut hari lahirnya yang ke 80 tahun.

Beliau meninggal dunia di kediamannya di Flat Danau Kota, Setapak dekat sini kira-kira pukul 3 petang Khamis.

Latiff atau nama sebenarnya Abdul Latiff T.K Gomu dikenali dengan watak jahat bermisai lintang pada tahun 1980-an.

Antara filem lakonannya ialah Dang Lenggang, Ribut Di Hujung Senja dan Anakku Suamiku.

Beliau juga banyak berlakon drama tempatan namun selepas menghidap penyakit paru-paru dan kerap kali keluar masuk hospital, Allahyarham terpaksa memperlahankan kerjaya seninya.

Latiff yang dilahirkan di Bangkok, Thailand memperoleh nama ‘Borgiba’ selepas ia diberikan oleh pengarah filem dan pelakon S. Kadarisman pada hujung 1960-an.

Nama itu diambil sempena nama keturunan Habib Borgiba iaitu tokoh agama dari Afrika.

Beliau berkahwin pada usia 17 tahun dengan Rokiah Abdul Rahman yang ketika itu berusia 12 tahun. Namun isterinya itu meninggal dunia selepas tiga tahun usia perkahiwnan mereka.

Allahyarham kemudiannya berkahwin dengan Fatimah Leman.

Beliau mempunyai 16 orang anak dan hampir 50 orag cucu.

Berita kematian Allahyarhgam disahkan oleh Setiausaha Kehormat, Persatuan Seniman Malaysia, Hafiz Nafiah.

https://www.instagram.com/p/Bcppjp8B9hA/

Terdahulu anaknya, Dilla Borgiba turut berkongsi gambar Allahyarham di laman Instagram pada Khamis sempena ulang tahun ke-80 kelahiran ayahnya itu.

Sumber-http://www.mstar.com.my/hiburan/berita-hiburan/2017/12/14/latiff-borgiba-meninggal/#FJky0T7oYiTVz8MP.99