“Jangan Nak Menyibuklah”-DS Shahida Marahkan Suami Ganggu Dia dan Anak Nak Baca Quran

 

Bilamana satu Malaysia kecam hebat apa yang di lakukan suaminya, dia di lihat tenang dan sabar. Bila suaminya di fitnah dengan pelbagai tomahan, dia juga tenang dan tidak cepat melenting.

Malah dia juga bijak menyusun tutur kata bila bercakap dan percakapannya tidak menyakiti hati orang lain.Wajahnya berseri dan dia di lihat cantik di pandang selain punya penampilan yang menarik. Itulah dia susuk seorang wanita yang bernama Datin Sri Shahida Mohd Rashid.

Mempunyai 3 orang anak kandung dan bakal lahir anak ke-4,DS Shahida juga menjadi ibu kepada 2 orang anak angkat yang lain yang di anggap bagai anak sendiri. Walaupun suaminya menerima banyak tomahan dari orang sekeliling, namun DS Shahida tidak pernah membalas semula dengan kata-kata kasar di laman sosial. Jika ada untuk meluahkan perasaan sedih dan kecewa,setiap susun ayatnya di atur baik tanpa menghina dan mengecam semula sesiapa.

Hal ini membuatkan ramai yang suka dan sayang pada Ds Shahida . Dia di katakan seorang wanita yang rendah diri dan kuat agama.Malah ramai netizen memuji suaranya sangat sedap ketika mengaji al-quran. Jika ada waktu lapang, DS Shahida akan membaca al-quran dan mendengar bacaan al-quran yang di hafaz oleh anaknya.

Dalam rakaman video ini, DS Shahida di lihat sedang khusyuk melihat bacaan al-quran anak lelakinya. Apa yang salah di tegur. Sehinggalah suaminya datang dan mengganggu.Namun DS Shahida di lihat marah kepada suaminya,DS Aliff Syukri kerana mengajar doa makan ketika orang sibuk membaca quran.

Komen netizen :

“AKu suka DS Shida ni, tak pernah aku x suka posting dia..dia nampak sangat baik dan penyanyang..walaupun dia belajar tak tinggi tppi bagi aku dia ni bijak,bijak susun kata,bijak dalam melayan sikap org…dia cakap dia selalu kene umpat dan tikam org yg dekat dgn dia sendiri dan hari2 jumpa..tpi dia sgt sabar..aku suka dia lagi dari husband dia “

“aliff ni kalau dpt jenis wife kuat meroyan mmg dua2 lah up status pelik2..tpi ds shida ni nampak sgtalh matang dan baik tau”

“aku suke giler ds ni…seorang datin yang sanagt cantik luar dan dalam”

“sedap dia bace quran..sejuk hati ada wife mcm ni “

Sebelum ini juga Aliff Syukri Merajuk akibat kena marah dengan bini sebab nak Menunjuk Beli Beg LV RM20K

Sumber – kisahdunia