“Jihan Muse Tak Cakap Pasal Fattah, Saya Tahu Sebab…” – Pendedahan Dari Shila Amzah Kawan Baik Jihan Selepas Tidak Tahan Lihat Peminat Fatah Kecam Jihan!!

Beberapa hari lepas agak kecoh apabila pelawak dan pengacara popular, Jihan Muse dikatakan menulis satu tweet berbaur sindiran.

Penulisan dari Jihan yang sedang sarat mengandung itu dikatakan ditujukan kepada Fattah Amin ekoran kejadian suami Fazura ini tidak masuk ke set MeleTOP secara tiba-tiba.

Kemudian, memang teruk juga Jihan Muse kena kritik kerana menulis tweet itu sehinggakan pengacara Gegar Vaganza ini terpaksa private kan akaunnya kerana dikecam netizen terutama peminat FattZura.

Oleh kerana Jihan Muse teruk terkena tempiasnya, rakan baiknya iaitu penyanyi Shila Amzah tampil menceritakan hal sebenar yang dia tahu.

Kata Shila Amzah, tulisan di Twitter Jihan Muse itu sebenarnya langsung tiada kena mengena dengan Bintang Popular, Fattah Amin.

Ini tulis Shila Amzah di Insta Story miliknya semalam:

“Guys my bff (Jihan Muse) tak cakap pasal FA (Fattah Amin). Can you guys please stop assuming. Dia mengandung dan dia bercerita tentang seseorang yang bekerja dengannya. Ianya tidak kena mengena dengan Fattah Amin. Saya tak berpihak kepada siapa-siapa.

“Ia bukan tentangnya (Fattah). Saya tahu sebab kami baru lepas bercakap tentang perkara ini. Siapa yang mulakan api, sila berhenti. Sebab inilah yang syaitan nak, kita berbalah gini, tak best.

“Lihat orang komen tentang Jihan Muse buat saya marah”

“Back biting memang kena diberhentikan serta merta. Perkara tak kena batang hidung sendiri. Apapun boleh komen kat sosial media. Bidang hiburan ni memang banyak ragam dia”

Ini fotonya:

Itulah penjelasan dari rakan baik Jihan Muse iaitu Shila Amzah tentang perkara yang viral ini. Diharapkan semua pihak jelas dengan perkara yang berlaku.

Mungkin secara kebetulan tweet Jihan Muse ini ditulis sama masa tatkala isu Fattah Amin di program MeleTOP timbul dan menjadi viral.

Sumber: IG Shila Amzah