Masih ingat Heroin Filem Mann, Manisha Koirala… Inilah Wajah Terbaru Manisha Koirala Selepas Bebas Daripada Kanser!

 

Bintang Bollywood 90-an, Manisha Koirala yang popular dengan filem Mann bersama Aamir Khan, memberitahu sebuah akhbar terkemuka yang dia sudah bersedia untuk memulakan lembaran baru dalam hidupnya selepas pulih dadi penderitaan sakit kanser dan perceraian.

Disember ini, sudah lima tahun saya sembuh dari sakit kanser. Jika semuanya berjalan lancar, saya bercadang untuk mengambil anak angkat perempuan. Saya hanya berharap semuanya berjalan dengan lancar.

Saya amat teruja mengenai fasa baru dalam hidup saya, dan tidak sabar untuk menjadi seorang ibu walaupun bukan anak kandung sendiri.

Manisha berkahwin dengan Samrat Dahal yang juga seorang ahli perniagaan dari Nepal, pada tahun 2010 namun pasangan itu bercerai pada 2012.

Lebih menyedihkan apabila pada tahun yang sama Manisha telah disahkan menghidap kanser.

 

Sumber