Seram! Gadis Ini Terkejut Wajah Rakan Bertukar Hitam Dalam ‘Group Photo’ Ketika Sambutan Hari Jadi!

 

Apabila menjelangnya hari berbahagia sahabat baik mesti ada di antara korang yang menganjurkan majlis sambutan untuk meraikan mereka kan?

Kebiasaannya majlis seperti ini diadakan di restoran dan dimeriahkan lagi dengan kehadiran rakan-rakan yang lain.

Masa ini memang happening habis dengan gelak tawa dan senda gurau rakan-rakan yang dah lama tak jumpa. Di twitter, seorang gadis memuatnaik foto ketika bersama rakannya di satu majlis sambutan hari jadi.

Apa yang menarik perhatian adalah wajah salah seorang rakannya bertukar hitam. Ada yang cakap disebabkan faktor ‘lighting’, ada juga yang cakap ada unsur mistik. Seram!
Muka berubah jadi hitam

Kenapa boleh bertukar wajah?


Disebabkan lighting?

Ada yang meninggalkan komen mendakwa wajah wanita tersebut bertukar hitam disebabkan faktor cahaya ketika mengambil gambar tersebut. Jika korang tengok orang lain pun, wajah mereka menjadi sedikit gelap. Apa pendapat korang?

sumber : twitter Tasha Rahman

Credit; Ohbulan