Tahniah! 5 Selebriti Ini Bakal Menimang Cahaya Mata Tahun 2018

Tahun 2017 sudah sampai ke penghujungnya. Tahun ini menyaksikan beberapa selebriti popular menimang cahaya mata antaranya Amyra Rosli dan Amar Bahrin, Jovian Mandagie & Nina Ismail

Tahniah diucapkan kepada selebriti-selebriti ini yang bakal menimang cahaya mata tahun hadapan.
1. Datin Zizie Ezette

Selepas 8 tahun mendirikan rumah tangga bersama Ahli Parlimen Kinabatangan, Datuk Bung Mokhtar Radin, pelakon Zizie Ezette disahkan hamil anak kembar. Pasangan itu dijangka menimang cahaya mata sulung pada Januari 2018.
2. Jihan Muse

Walaupun tengah sarat mengandung, Jihan tetap menggalas tanggungjawabnya sebagai pengacara Gegar Vaganza. Pelakon dan pelawak Jihan Muse bersama pasangannya, Ungku Hariz dijangka menimang cahaya mata pertama mereka pada Januari tahun hadapan.
3. Datuk Siti Nurhaliza

Selepas 11 tahun mendirikan rumah tangga, penyanyi nombor satu negara Datuk Siti Nurhaliza disahkan hamil dan dijangka bersalin pada Mac tahun hadapan.
4. Nora Danish

Nora dan Nedim masing-masing mempunyai seorang cahaya mata hasil perkahwinan terdahulu. Pasangan ini bakal menerima ahli keluarga baru pada Mac 2018.
5. Mawar Karim

Isteri kepada pelakon Fizo Omar iaitu Mawar akhirnya disahkan hamil selepas empat tahun berumah tangga. Mawar hamil selepas menjalani beberapa pembedahan dan mendapat beberapa rawatan susulan. Pasangan ini bakal bergelar ibu bapa pada Januari 2018.

Credit – rotikaya