“Terima Kasih Hina Saya, Dimalukan Di Khalayak Ramai..” – Elyana Kongsi Luahan Berliau DI instagram Bersama Gambar Dalam Wad. Hati Elyana Terluka?

Penyanyi Elyana atau nama penuhnya, Emeelya Elyana Emrizal kini sering menjadi tajuk bualan para peminat industri hiburan tanah air apabila disahkan menghidap penyakit kanser Limfoma tahap empat.

Di laman media sosial, orang ramai terutama para peminatnya yang tampil memberi ucapan dan komen kepada Elyana agar penyanyi ini terus kuat semangat.

Ketika ini apa sahaja yang Elyana lakukan sering mendapat perhatian orang ramai.

Menerusi penulisan terkini Elyana di laman Instagram miliknya, penyanyi ini dilihat telah meluahkan rasa hatinya yang dilihat seperti terluka dan bersedih.

Elyana dilihat berterima kasih secara sinis kepada mereka yang telah menhinanya, mengambil kesempatan terhadapnya dan juga ada yang mengataakn dia berbohong.

Ini luahan Elyana di laman Instagram sebentar tadi:

Terima kasih kerana menghina wanita ini.Terima kasih juga kepada yang mendoakan dia cepat mati.

Terima kasih juga yang menggambil kesempatan. Terima kasih kerana menuduh saya ingin kan perhatian.

Terima kasih juga kepada yang menuduh tanpa bertanya cerita sebenar. Terima kasih kepada anda yang mengatakan saya berbohong.

Terima kasih untuk anda yang gembira apabila saya sering di malukan di khalayak ramai. Terima kasih semua.

Tak apa lah.. mungkin anda belum lagi merasa apa yang saya rasa selama ini.

Saya juga sama seperti anda semua manusia biasa, tidak kuat.. punya keinginan, punya cita-cita, ingin merasa sihat tanpa menahan sakit.

Tapi ini takdir saya. Saya terima.

Kita semua akan mati. Bukan pesakit Kanser sahaja. Saya harap kita jaga amalan kita sendiri. Jika tidak ada apa-apa yang baik untuk dikatakan, ditulis dan di lakukan, lebih baik diam.

Saya Elyana pesakit Kanser Stage 4

Itulah nukilan hati dari Elyana sebentar tadi yang ternyata kecewa dengan ada pihak yang mengguris hatinya.

Semoga Elyana terus kuatkan hati untuk melawan penyakit kanser ini dan jangan sesekali berputus asa.

Sumber: IG Elyana