(Video) “Ada Datang Masa Bapak Saya Sakit, Meninggal?!” -Kecewa Dengan ‘Sahabat’, Iqram Dinzly Tuju Yusuf Azmi?

 

Kontroversi yang melanda Iqram Dinzly merisaukan banyak pihak sehingga Mufti Wilayah Persekutuan sendiri menjemput pelakon berkenaan ke pejabatnya di Putrajaya untuk sesi perkenalan.

Terbaru pihak mStar secara ekslusif ada menemu ramah Iqram sendiri di rumahnya di Ipoh, Perak.

Mengulas mengenai sahabat yang banyak memberi semangat, Iqram ada menyatakan sedikit kekecewaanya kepada beberapa ‘sahabat’ yang kononnya mengambil berat tentang dirinya.

Malah ketika disebut nama Yusuf Azmi, Iqram dilihat memberikan kenyataan sinis berhubungan komen anggota PPIM yang ditujukan kepadanya beberapa hari yang lalu.

“Saya tak faham dalam banyak-banyak sahabat saya sepanjang 36 tahun tu, kalau benar-benar seorang sahabat, nak bercakap lebih, ada datang masa bapak saya meninggal? Ada datang masa bapak saya sakit?
Saya dengar event dengan Perak ada, Selangor ada, tak boleh datang Ipoh? Kalau nak bantai dalam media sosial, cara kau bantai aku elok sangat ke??,” katanya melalui temu bual bersama pihak mStar.

Terdahulu Yusuf ada membuat kenyataan mengenai perubahan Iqram yang dikatakan tidak waras.

“Saya ada tonton video tarian Iqram, tapi (tonton) tak habis, saya tak lalu nak tengok sampai tamat. Mungkin dia buat begitu untuk menarik balik pengikutnya di laman sosial,” katanya.

Tidak hanya itu, Yusuf juga ada menasihatkan Iqram untuk memohon maaf jika perilakunya itu menyinggung mana-mana pihak.

“Sebagai sahabat, saya nasihatkan Iqram untuk minta maaf sekiranya apa yang dilakukan dibuat dalam keadaan tertekan atau ditujukan kepada seseorang (dalam bentuk protes).
Dari sudut akhlak, memang salah, jika apa yang dilakukan dibuat untuk tujuan kontroversi, itu tak boleh,” katanya lagi.

Sumber Youtube mStar via kisahdunia