(Video) “Mummy Tak Suruh Upiak Senyum, Siapa Yang Suruh Buat Parodi?!” -Lepas Baby Shima, Upiak Isil Pula Jadi ‘Mangsa’ Mas Idayu?

 

Baru-baru ini penyanyi Tak Tun Tuang, Upiak Isil dijemput menjadi tetamu rancangan Dangdut Academy Asia 3 (DAA 3).

Upiak dalam rancangan berkenaan mendendangkan lagu Tak Tun Tuang dan lagu Minang yang terkenal zaman dulu kala, Ayam Den Lapeh.

Namun usai menyanyi, juri Mas Idayu dengan nada tegas ada menanyakan mengenai parodi ‘Ada Nampak Apak Gelak?’ versi Upiak dan MVM Production & Home Entertainment.

Raut muka Mas Idayu yang berubah berang juga menakutkan Upiak sehingga penyanyi Indonesia berkenaan seolah-olah ingin menangis di atas pentas.

Namun mood Mas Idayu dilihat berubah apabila dia tertawa di akhir rakaman setelah dicelah oleh salah seorang juri yang lain.

Berikut kami kongsikan sedutan pendek video berkenaan:

Sumber Facebook Jambu Batu Online via kisahdunia