(Video) Netizen Tunai Janji, Like Beribu Kali Lagu Abang Nak Tegur 2.0!

 

Wowwww nampaknya video klip penuh Abang Nak Tegur 2.0 sudah boleh ditonton oleh orang ramai sejak semalam!

Dari pemerhatian kami nampaknya Netizen mengotakan janji mereka untuk menekan button like di video klip ini.

Walaupun video klip agak simple dan hanya dibuat dalam bilik tidur namun nampak dengan mendegar rentak lagu ini terus rasa seperti ingin menari!

Melalui akaun Instagram, Aliff berharap agar semua orang berpuas hati dan tak akan ada yang terasa hati sebab susah nak terima teguran

“Demi memenuhi permntaan korang dan biar puas hati sy… saya buat vs lagi #abangnaktegur Versi 2.0 sgn wife saya.. kena tengok ni…walaupun video klip ni x mewah cuma dalam bilik je harap korang suka tau.. harap2 x ada yg terasa hati sbb susah nak terima teguran….. berapa like korang nak kasi??? jgn lupa tag dan share kat kawan korang..” tulisnya dalam ruangan kapsyen.

Buat netizen pula ramai yang berpuas hati dan mula tersenyum sambil dengar lagu ini.

Apapun kami doakan yang terbaik buat Datuk Aliff. Nampaknya memang netizen suka gabungan suara suami isteri ini. Tahniah! Nah ini dia video yang dikata-katakan itu…

Sumber – mediahiburan