(Video) “Tu Baca Tahlil Korea Ke Tu?!” -Video Wanita Berhijab Baca ‘Talkin’ Di ‘Kenduri Doa Selamat’ Jonghyun Dikecam Oleh Netizen??

Tular video ringkas yang terjadi pada dirakam oleh peminat penyanyi kumpulan SHINEe, Jonghyun di perhimpunan di tepi Sungai Klang berdekatan Masjid Jamek, Kuala Lumpur.

Difahamkan lebih 100 peminat yang hadir bagi memperingati penyanyi berkenaan yang meninggal dunia pada 18 Disember yang lalu akibat bunuh diri.

Namun ‘kenduri kesyukuran’ yang diadakan oleh peminatnya yang terdiri daripada golongan Muslim menerima kecaman hebat daripada netizen.

Rata-rata tidak bersetuju dengan tindakan sesetengah peminat Muslim yang meratapi kematian artis Kpop berkenaan kerana dianggap melampaui batas seorang Muslim.


Malah video sepanjang majlis berkenaan turut dikecam oleh netizen.\

Terdahulu Jonghyun ditemui tidak sedarkan diri di sebuah apartment pada 18 Disember yang lalu.

Polis korea mendedahkan punca kematian penyanyi berkenaan adalah berpunca kerana menghidu asap karbon monoksida yang dibebaskan oleh arang yang dibakar di biliknya, sekaligus menjadikan kes berkenaan sebagai kes bunuh diri.

sumber