“Apa Yang Saya Nyanyi Semalam Pun Dah Tak Tahu Kemana”-Nabila Razali Kongsi Perasaan “Cemas” Ketika Iqram Dinzly Terjah Ats Pentas!

 

Baru-baru ini tular dengan video dimana ketika Nabila Razali membuat persembahan di sebuah karnival dengan membawakan lagu Pematah Hati, tiba-tiba Iqram Dinzly masuk terjah menari sekali! Haa mau tak terkejut, hehe..

Ada yang menganggap perbuatan Iqram Dinzly terjah masuk agak tidak wajar dan ada juga yang menuduh perlakuan Iqram itu adalah salah satu strategi pemasaran sepertimana Nabila Razali pernah membuat gimik dahulu. Hmm kenapa sampai ke situ fikirnya?

Menurut sumber, kehadiran Iqram Dinzly naik ke atas pentas tidak dirancang namun Nabila tahu akan kehadiran Iqram pada malam karnival itu.

“Sejujurnya saya terkejut, tapi saya ada diberitahu appearance Iqram selepas habis lagu. Jadi, saya terkejut bila Iqram muncul tengah-tengah lagu.”

Nabila yang juga pelik dengan reaksi penonton yang tidak memandangnya lagi ketika menyanyi dan sehinggalah dia perasan akan kehadiran Iqram di belakangnya.

Ditanya lagi, adakah Nabila takut dengan Iqram kerana kedengaran suara Nabila di audio agak menggeletar selepas kehadiran Iqram Dinzly di atas pentas.

“Takdelah takut, cuma terkejut sebab kita tak pernah menyangka akan ada orang tiba-tiba naik dan individu itu adalah Iqram sendiri.”

Nabila yang juga buntu seketika untuk berbuat apa menyatakan dia faham niat Iqram yang cuma hanya mahu sokong lagu tempatan dan menganggap nilai itu sangat baik.

“First time ada orang masuk ketika saya menyanyi, sebab selalunya kita akan ajak budak kecil untuk menyanyi. Apa yang saya nyanyi semalam pun tak tahu kemana dah” kata Nabila sambil ketawa.

Walau bagaimanapun, Nabila merasakan hal itu sangat seronok dan kini video yang dimuat naik di Youtube itu sudah trending no 5 di Malaysia!

Pengakuan Nabila ketika Iqram naik ke atas pentas..

Sumber: Mstar Online