‘Awak, tolong contact saya, saya tak boleh tidur fikirkan awak siapa’

Loading...

Seorang ibu tunggal tidak dapat tidur malam kerana terlalu memikirkan siapakah lelaki yang membantu menolak keretanya, petang Isnin lalu, lapor Harian Metro

Status dimuat naik oleh pembantu klinik di Jitra, Azliza Othman, 33, untuk menjejaki lelaki terbabit yang membantu menolak keretanya ketika hujan lebat di Jalan Batu 17, Jitra, Kedah Isnin lalu, viral meluas di media sosial.

“Saya mohon lelaki itu hubungi saya segera. Jika dia sudah berkahwin, saya sanggup menyara barangan dapur dan wang bulanan untuk anak isterinya. Saya sudah terhutang nyawa dengan lelaki itu,” katanya.

Bagaimanapun, Azliza menjelaskan dia bukan mahu mencari cinta tetapi kerana terhutang nyawa dengan lelaki itu yang sanggup berhenti membantunya ketika kereta dipandu terhenti di lorong kanan Jalan Batu 17, berhadapan Masjid Baru Padang Perahu, ketika dalam perjalanan ke Perlis.

“Kejadian kira-kira jam 5 petang, jalan dilalui dilanda banjir kilat menyebabkan kereta saya terhenti di lorong kanan dan kemudian melintang di tengah berdekatan selekoh berbahaya. Saya ketakutan ketika itu, bimbang dilanggar kereta atau lori dan tiada sesiapa pun yang membantu saya ketika itu,” kata ibu kepada seorang anak lelaki berusia lapan tahun.

Loading...

Azliza kemudian ternampak seorang penunggang motosikal dan melambai-lambai ke arah lelaki itu dari dalam kereta yang kemudian berpatah balik membantunya.

“Lelaki dianggarkan berusia 40-an itu berpatah balik dan membantu menolak kereta saya ke tepi jalan, manakala saya berada di dalam kereta untuk mengawal stereng.

“Selepas itu, seorang rakan saya yang melalui kawasan itu datang dan bersembang sebelum lelaki itu hilang secara tiba-tiba tanpa sempat saya mengucapkan terima kasih di atas bantuannya yang sanggup menggadai nyawa meredah jalan raya,” katanya.

Menjelaskan mengapa dia sanggup menyara barangan dapur dan wang bulanan untuk anak isteri lelaki itu (jika sudah berkahwin), Azliza menjelaskan lelaki itu memerlukan bantuan kewangan melihatkan pada pakaian dan motosikal yang ditunggangnya.

“Saya berniat baik untuk membantu lelaki itu sebagai membalas jasanya kerana sanggup membantu saya. Bayangkan ketika kejadian tiada seorang pun yang sudi membantu saya, jika lelaki itu tidak membantu, kemungkinan saya sudah hilang nyawa akibat dilanggar kenderaan lain di lorong kanan,” katanya.

Loading...

Azliza juga kesal ramai netizen yang salah faham dengan maksud dan tujuan status Facebooknya itu kononnya untuk mencari lelaki berkenaan untuk ‘menggatal’, sedangkan niat dia hanya mahu membalas budi baik lelaki berkenaan.

“Ramai yang menghantar mesej kepada saya mengaku sebagai lelaki itu, namun saya dapat kenal pasti muka lelaki yang membantu saya dan tolong jangan menyamar.

“Apa yang dikesalkan, saya tidak sempat mengambil nombor pendaftaran motosikal lelaki itu untuk memudahkan pencarian dan berharap usaha menjejaki lelaki ini dipermudahkan Allah SWT,” katanya.

Orang berbudi kita berbahasa, kan?

Sumber – thereporter

Loading...

90 comments

  1. Pingback: read completely
  2. Pingback: link
  3. Pingback: page address
  4. Pingback: go to the source
  5. Pingback: click to go
  6. Pingback: notehub.org
  7. Pingback: notehub.org page
  8. Pingback: click
  9. Pingback: notehub.org
  10. Pingback: notehub.org
  11. Pingback: notehub.org
  12. Pingback: notehub.org
  13. Pingback: notehub.org
  14. Pingback: i provide a link
  15. Pingback: continued here
  16. Pingback: go
  17. Pingback: here
  18. Pingback: xxxbestrank.mobi
  19. Pingback: pronvipse.mobi
  20. Pingback: follow the link
  21. Pingback: 2018-2019
  22. Pingback: 2019

Comments are closed.