Awas! Ini 5 lokasi yang terlalu bahaya sehingga menjadi kawasan larangan manusia untuk selama-lamanya!

 

Selagi anda mampunyai sumber kewangan yang stabil, melancong ke serata dunia pastinya tidak akan menjadi masalah.

Akan tetapi, terdapat beberapa tempat yang tidak dijadikan sebagai kawasan untuk dilawati bukan kerana ianya memakan kos yang mahal tetapi kerana tiada seorang manusia yang dibenarkan memasuki kawasan tersebut.

#1 Pulau Surtsey

Pada tahun 1963, sebuah gunung berapi bawah laut di Iceland telah meletus dan menghasilkan pulau baru sepanjang lebih kurang 2.7 km.

Disebabkan oleh bentuk dan lanskapnya yang unik, ramai ahli saintis dari seluruh dunia tertarik untuk menjalankan kajian saintifik mengenai pulau ini.

Diberi nama Surtsey sempena karakter mitos Sutr iaitu Tuhan kepada Api Gergasi, pulau ini diharamkan daripada menjadi kawasan pelancongan supaya para saintis boleh menjalankan penyelidikan yang berterusan.

#2 Ilha da Queimada Grande (Pulau Ular)

Terletak kira-kira 3 km dari pesisir pantai Brazil, Ilha da Queimada Grande adalah salah satu kawasan tarikan pelancong.

Akan tetapi, perjalanan ke pulau ini mampu meragut nyawa anda kerana di pulau yang berukuran kurang daripada setengah kilometer persegi, terdapat lebih 4,000 spesies ular beracun. Antaranya adalah ular pembunuh nombor satu iaitu Golden Lancehead (Bothrops insularis).

#3 Pulau North Sentinel

Pulau North Sentinel adalah sebahagian daripada Pulau Andaman di Teluk Bengal. Manusia dilarang untuk memasuki pulau ini kerana ia menempatkan puak orang Asli Sentinel yang sangat berbahaya.

Masyarakat Asli ini telah mengelakkan sebarang komunikasi dan perhubungan dengan dunia tamadun sejak 60,000 tahun lalu dan memulaukan komuniti mereka daripada dunia.

#4 Tokong Ise Jingu

Tokong Ise Jingu merupakan tokong yang paling penting di Jepun. Tokong utamanya dikelilingi pagar kayu yang tinggi dan hanya boleh dimasuki oleh sami bertaraf tinggi serta keluarga diraja.

Orang awam sama sekali tidak dibenarkan untuk memasuki tokong tersebut. Dipisahkan daripada Jepun melalui Sungai Miyagawa yang menjadi sempadan kepada tanah suci tersebut. Malah, merentasi sungai tersebut juga dilarang dan dianggap mencemarkan kesucian sungai.

#5 Pulau Gruinard

Pada tahun 1942, kerajaan British telah membeli Pulau Gruinard bagi menjalankan ujian senjata biologikal. Mereka telah menjalankan ujian ke atas lembu dan biri-biri yang kemudiannya mencemari seluruh pulau tersebut dan mengakibatkan 95% populasi mati akibat jangkitan penyakit.

Hanya pada lewat 1980-an keputusan untuk ‘membersihkan’ pulau tersebut dilaksanakan. Akan tetapi, pihak saintis berpandangan bahawa masih terdapat wabak penyakit di pulau tersebut. Justeru, pulau ini tidak sesuai dijadikan kawasan untuk didiami hingga ratusan tahun akan datang.