Dulu Pernah Rasa Bangga Bila Orang Cakap Muka Sama Macam Neelofa,Sekarang Rasa Malu Dan Segan Pula

Siapa tak kenal dengan Neelofa. Dia merupakan seorang artis yang popular,berjaya dalam bisnes dan pada masa yang sama memang ada rupa cantik. Pendek kata, Neelofa mempunyai pakej yang lengkap yang di dambakan oleh ramai orang.

 

Maka tidak hairan, Neelofa menjadi artis yang punya ramai peminat.Akaun IGnya sahaja sudah punya jutaan followers melebihi artis terkenal yang lain.

Makanya,apabila seseorang itu di kaitkan dengan Neelofa kerana punya wajah yang sama,pasti akan ada rasa bangga dalam diri.Itulah yang pernah berlaku pada gadis bernama Hawa Rizwana ini.

Kata Hawa Rizwana, ketika zaman sekolah,apabila kawan-kawan mengatakan bahawa wajahnya ada iras Neelofa, dia merasa agak bangga.Ini kerana baginya Neelofa bukan sahaja seorang yang bijak malah sukses membuatkan dia kagum dengan artis tersebut.

Namun begitu,Hawa Rizwana menyatakan,sekarang dia merasa segan dan malu pula bilamana orang sekeliling berkata hal yang sama.

Hawa Rizwana berkata dia pernah terserempak dengan Neelofa namun sekadar mengatakan hai dan ucap tahniah atas kejayaan namun tidak sempat untuk berborak apatah lagi dia tidak mahu menyentuh tentang hal punya iras sesama mereka.

Hawa Rizwana kini bertugas di TV9 sebagai journalist dan dia juga di katakan punya ramai peminat.

 

https://www.instagram.com/p/BdT9UHmnaJy/

Nama Penuh: Hawa Rizwana Ahmad Redzuan
Nama Panggilan: Hawa Rizwana
Umur: 22 (2017)
Agama: Islam
Kerjaya: Penyampai Berita
Pendidikan: Sarjana Muda Komunikasi Kewartawanan  (UiTM)
Laman Sosial:
Instagram: http://ift.tt/2wspb34
Twitter: https://twitter.com/hawarizw

Sumber – kisahdunia