‘First Time Artis Parodi Diri Sendiri’ – Khai Bahar Mic Terbalik Lagi Ke? Parodi Meletop Ini Buat Ramai Terhibur!

Baru-baru ini nama Khai Bahar menjadi bualan hangat netizen gara-gara menyanyi mic terbalik dalam rancangan MeleTOP. Gara-gara terlalu gementar dan teruja berdepan dengan penyokong yang ramai, Khai tidak sedar mic yang dipegang terbalik. Aksi Nabil yang lucu cuba cover Khai Bahar lagi membuatkan netizen pecah perut.

Selamba je Nabil bangun sorok muka Khai, hahahha! Terbaru, Khai sekali lagi tampil dalam rancangan MeleTOP, kali ni bukan menjadi artis jemputan tau. Tapi jadi bahan parodi! Kelakar! Sporting betul Khai ni..

Khai Bahar mic terbalik lagi!

Di dalam video parodi tersebut, kelihatan ramai orang sudah mendapat penyakit terbalik ekoran daripada insiden lucu Khai Bahar tempoh hari. Tak sangka Khai Bahar rupa-rupanya mempunyai bakat dalam bidang lakonan. Pandai buat lawak pula tu. Di bahagian komen video ini, ramai yang terhibur dan mengagumi sifat Khai yang sporting. Jadi bahan parodi pun boleh. Siapa lagi artis yang boleh parodi diri sendiri? Haha

Komen netizen

Ramai betul yang puji lakonan mantap Khai Bahar dalam video parodi ini. Diharapkan lepas ini Khai bolehlah cuba terjun ke bidang lakonan pula. Mana la tahu lagi meletop mengalahkan Fattah Amin. 😛

sumber : Youtube via kisahdunia