(Foto) Adik Fasha Sandha Kini Bercinta Dengan Anak Lelaki Sheila Rusly?

 

Nama Elisya Sandha makin mendapat perhatian peminat industri hiburan tempatan kerana bukan sahaja dari paras rupa, malah lakonannya mantap saing-saing kakaknya Fasha Sandha. Walaubagaimana pun, perjalanan karier seni Elisya makin jauh untuk sama ‘level’ dengan kakaknya itu.

Selain dari itu, bagi anda yang mengikuti perkembangan Elisya di Instagram ramai dapat merasakan bahawa dia kini sedang bercinta dengan anak pelakon veteran, Sheila Rusly. Elisya memuat naik foto bersama Uzair serta kapsyen bermaksud ‘sesuatu’. Ehem ehem!
Muat naik foto mesra bersama

Sejak beberapa bulan lalu, masing-masing Elisya dan Uzair memuat naik foto bersama di Instagram. Sama cantik, sama padan kami rasakan mereka ni sangat sesuai. Malah ramai yang mendoakan supaya hubungan mereka berkekalan hingga ke jinjang pelamin. Wahh..


Bersama keluarga

Selain dari itu, mereka juga kelihatan sudah mengenali keluarga masing-masing dengan lebih dekat. Foto diatas, Elisya makan malam bersama keluarga Uzair manakala foto di bawah pula Uzair menemani serta menghantar Elisya sebelum berangkat ke Bosnia untuk penggambaran filem/drama.

Sumber: Instagram Elisya Sandha via ohbulan