Foto Wajah Terkini Anak Hafidz Roshdi Yang Sangat Comel!

MH pasti semua sudah sedia maklum bahawa pelakon lelaki popular, Hafidz Roshdi telah menimang cahaya mata pertamanya pada bulan September tahun lalu.

Hafidz dan isterinya, Nurul Shuhada Mat Shukri selamat melahirkan cahaya mata perempuan yang diberikan nama Humairah.

Sepanjang Humairah dilahirkan tidak pernah kita melihat Hafidz atau Shuhada berkongsi gambar anaknya namun baru-baru ini MH ada terlihat Shuhada sudah mula berkongsi gambar Humairah di Instagram.

Comel! Ya tak dapat MH nafikan kecomelan Humairah dengan kulit yang putih gebu.

Bukan MH sahaja yang teruja melihat gambar-gambar Humairah malah pengikut-pengikut Shuhada di Instagram juga turut teruja.

__adlinabatrisyia: COMELNYAAA, muka mummy sebijikkk 😍😍😍😍😍

noranordin1: Ya Allah comey nye lahai budak cenonet tu!! Humairahhhh!!! Geram lh acik tngok dia😘😘😘

cik.sharifahsyakirin: Ya Allah bambamnya kamu humairah syg…ni mesti follow pp ibu tu kan 🤭 aucchhh..biasalah anak sulong ni rata2 ikut muka ibu nya 😍💚💘😘 yg penting pp tu geram nak ngap ase mcm cheese byk sgt tgk tu 😁😌

MH doakan Humairah menjadi anak yang solehah dan menjadi kekuatan kasih sayang di antara ibu dan bapanya.

Sebelum Ini Hafidz Roshdi dan isteri sambut anak perempuan

ISTERI pelakon Hafidz Roshdi, Nurul Shuhada Mat Shukri selamat bersalin anak perempuan jam 11.30 pagi tadi di sebuah pusat perubatan di Klang.

Hafidz, 23, berkata, isterinya dimasukkan ke pusat perubatan itu sejak semalam selepas menunjukkan tanda bersalin.

“Ikutkan isteri saya dijangka bersalin pada 26 September ini, tetapi awal dua minggu pula. Apa pun saya bersyukur kerana proses bersalin isteri dipermudahkan.

“Saya juga berada di sisi isteri sepanjang dia bersalin. Saya mahu memberi sokongan kepadanya. Ternyata ia bukan seperti difikirkan. Betapa besar pengorbanan seorang wanita yang bertarung nyawa untuk bersalin,” katanya kepada Harian Metro.

Terdahulu berita gembira itu dikongsikan Hafidz menerusi laman Instagram miliknya sebentar tadi.

Hafidz berkata, dia sudah mempunyai nama untuk anak sulungnya itu namun bakal berkongsi kepada peminat selepas ia didaftarkan.

Sebelum ini, isteri Hafidz pernah mengalami keguguran sebelum disahkan hamil kali kedua.

Hafiz dan Shuhada berkahwin pada 30 April tahun lalu di Perlis.

Sumber – bukubiru