Menyatakan Untuk Mengadakan Pertemuan Dengan Nur Sajat, Ini Respon Dari Jakim Yang Ramai Tertunggu-Tunggu

PETALING JAYA: Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) menyatakan hasrat untuk mengadakan pertemuan dengan usahawan kosmetik, Nur Sajat.

Hajat itu disuarakan menerusi ‘mesej terbuka’ oleh Penolong Pengarah Kanan, Cawangan Sosial, Bahagian Pembangunan Keluarga Sosial dan Komuniti, Jakim, Dr Izwan Yusof khusus buat Sajat.

Menurut Izwan yang merupakan pakar dalam menangani lesbian, gay, biseksual dan transgender (LGBT) di Jakim, beliau berhajat untuk berjumpa Sajat memandangkan isu yang  timbul kebelakangan ini menimbulkan banyak persoalan di kalangan masyarakat.

“Kami menjemput Sajat untuk hadir ke Jakim supaya kita lebih mengenali antara satu sama lain dan juga berbincang berkenaan situasi dan keadaan Sajat.

“Atau kami sedia berjumpa dengan Sajat di mana-mana sahaja yang dirasakan selesa. Kami sedia dihubungi 24/7,” katanya menerusi satu ‘posting’ di laman sosial Facebook pada petang Isnin.

Pada masa sama, Ketua Pengarah Jakim, Tan Sri Othman Mustapha menerusi Twitternya turut menyatakan persetujuan berhubung hasrat pihak Jakim untuk mengadakan pertemuan bersama Sajat.

“Assalamualaikum, Dr Izwan Yusof, setuju dan aturkan pertemuan dengan Nur Sajat. Kita bantu bukan menghukum,” kata Othman.

Kenyataan Ketua Pengarah Jakim di Twitter mengenai pertemuan dengan Nur Sajat.

Dalam pada itu, berkenaan hal-hal membabitkan Sajat di media sosial, kata Izwan, Jakim mengambil sikap berkecuali kerana mereka perlu mengetahui masalah sebenar yang dihadapi.

“Dalam masa yang sama, kami mengambil maklum cemuhan dan kata-kata kasar daripada netizen terhadap Sajat.

“Saya dan rakan-rakan di Jakim sentiasa terbuka membantu dan beri khidmat nasihat berhubung isu kekeliruan identiti dan jantina menurut perspektif Islam,” katanya.

Menerusi pertemuan itu nanti, Izwan berkata, beliau yakin akan merungkaikan persoalan yang terus berlegar di kalangan ummah.

“Kami juga ingin nasihatkan Sajat supaya mendekati al-Qur’an dan banyakkan zikrullah. Ini kerana ia akan membantu jiwa kita menjadi tenang,” kata Izwan.

Difahamkan, hajat pihak Jakim untuk mengadakan pertemuan dengan Sajat ekoran cemuhan dan kecaman netizen sejak kebelakangan ini berhubung isu identiti usahawan kosmetik berkenaan.

Sumber-http://www.mstar.com.my/berita/berita-semasa/2018/01/15/jakim-jumpa-sajat/#CrehuMUG1cttDOKD.99

Siapa tidak kenal jutawan kosmetik terkenal iaitu Nur Sajat yang sering menjadi perhatian netizen. Walaupun ramai yang mendakwa Sajat merupakan seorang lelaki, namun dia sering menafikan jantinanya.

Terbaru, viral video apabila seorang lelaki di Facebook telah menghubungi sendiri Menteri Bahagian Hal Ehwal Agama Islam, Dato Seri Jamil Khir. Dia mempersoalkan pihak Jakim yang tidak ambil tindakan mengenai isu jantina Sajat dan ini jawapan yang diterima.
Jakim hanya urus setia

Lelaki ini mempersoalkan pihak Jakim yang tidak ambil tindakan terhadap Sajat. Ini jawapan yang diterima dari Dato Seri Jamil Khir.

Jakim hanya sekadar urus setia. Untuk peruntukan undang-undang dibawah jabatan agama negeri masing-masing.

Menurut pihak Dato Seri, Jakim tidak pegang undang-undang. Pihak Jakim hanya urus setia dan memegang Mahkamah Syariah sahaja. Walau bagaimanapun, lelaki ini tetap tegas mengatakan bahawa Sajat perlu diambil tindakan dari terus menjadi pengaruh buruk masyarakat.

Orang tak kira benda tu. Saya minta kalau boleh, sebab kes ini memang kes lampau. Ramai orang geram bila dia tunjuk dia dengan lelaki dia dengan dukung anak-anak, seolah Malaysia ini bebas. Dia tunjuklah dia bakal berkahwin, mana boleh macam tu. Kalau boleh saya minta pihak Jakim ambil tindakan, lapor lah kepada pejabat agama Islam negeri.

Ini pengaruh buruk!


Ramai sokong

Sumber : Sir Azri via ohbulan