Netizen Tak Puas Hati Izreen Asminda & Uda Tercalon Anugerah Couple MeleTOP, Anggap Tak Hormat Isteri Pertama

Rancangan MeleTop merupakan antara program hiburan paling popular di Malaysia lebih-lebih lagi gelagat pengacara mereka Nabil Ahmad dan Neelofa. Baru-baru ini, MeleTOP telah mengumumkan nama-nama artis yang tercalon bagi semua kategori yang dipertandingkan dia Anugerah MeleTOP Era 2018.

Paling mencuri tumpuan adalah pasangan kontroversi, Izreen Azminda dan Uda apabila mereka telah dicalonkan untuk anugerah Couple MeleTOP. Namun, pencalonan tersebut mendapat tentangan netizen kerana menganggap pihak MeleTOP tidak menghormati perasaan isteri pertama Uda.
Couple MeleTOP 2018

Gambar tersebut menunjukkan 20 pasangan selebriti yang tercalon bagi Anugerah Couple Meletop untuk tahun 2018.  Netizen menganggap tindakan pihak MeleTOP ini seolah-olah tidak menghormati hati dan perasaan isteri pertama Uda. Selain itu, netizen juga turut mempersoal mengapa MeleTOP tidak mencalonkan pasangan popular Fattah Amin dan Fazura bagi kategori tersebut.
Tolong keluarkan Izreen

Have some respect to the first wife

Tak patut tercalon

MeleTOP you are so rude

Bagaimanapun Ketua Strategi Kandungan dan Inovasi Astro, Namanzee Haris menafikan pasangan kegemaran ramai itu sengaja tidak dimasukkan dalam kategori terbabit dan terpaksa mengikut terma dan syarat percalonan.

“Untuk pengetahuan, senarai pencalonan dibuka bermula 15 November 2016 sehingga 14 November tahun lalu dan terbuka kepada pasangan popular yang berkahwin sebelum tarikh akhir pencalonan”

“Dalam isu ini, mereka bernikah 27 November lalu dan secara automatik tidak layak dicalonkan. Memang pada awalnya, barisan panel cuba untuk menyenaraikan nama mereka tetapi kami perlu bersikap telus dan adil”

“Kami sudah menjangkakan kekecohan akan berlaku tetapi perlu diingat AME bukan acara anugerah yang diwujudkan suka-suka. Kami ada penilaian dan peraturan tersendiri,” jelasnya kepada Harian Metro.

Sumber: MeleTOP