“Seorang bayi baru sahaja menghulurkan saya ini semasa dalam penerbangan. Saya tidak jadi marah.”

Pernahkah anda berasa keletihan dan merancang untuk mendapatkan sedikit rehat dalam satu waktu penerbangan yang panjang, tetapi kemudian menyedari tempat duduk anda adalah bersebelahan dengan seorang bayi.

Lelaki ini mengalami situasi tersebut dan hatinya sudah mula berasa kurang selesa, tetapi mujur ibu bapa bayi ini telah mempunyai rancangan untuk memberi kejutan kepada setiap penumpang berdekatan.

Kredit : Getty Images | Erik Witsoe / EyeEm

Danaus Chang dalam perjalanan menaiki penerbangan ke Miami, Amerika Syarikat atas urusan perniagaan, dan beliau berasa amat letih kerana kekurangan tidur. Dan atas sebab itu, hatinya dengan mudah menjadi sensitif dan berang. Tambahan melihat suasana akan menjadi tidak tenang dan kurang selesa di dalam penerbangan itu apabila Danaus menyedari seorang bayi yang comel telah duduk bersebelahan dengannya.

Kata Danaus, “Saya sememangnya tidak mahu duduk bersebelahan dengan bayi yang akan menangis dan merengek  dalam ramai-ramai penumpang yang boleh membuat bising. Saya berasa seperti seorang ahli perniagaan yang tidak mesra dan kurang berperasaan.”

Kredit : Getty Images | RyanJLane

Walau bagaimanapun, ibu bapa bayi ini sudah tahu akan situasi yang mungkin terjadi dan telah membuat persediaan rapi dari awal. Mereka mula menghulurkan beg-beg cenderahati kepada semua penumpang yang duduk bersebelahan dan berdekatan dengan mereka.

Apabila Danaus Chang menerima beg itu, beliau menerimanya dengan wajah yang masam dan kurang gembira.

Beg itu juga mengandungi nota yang bertulis, “Hai semua, nama saya Madeline. Saya akan berumur 1 tahun pada 17 Disember dan ini adalah penerbangan pertama saya. Saya akan mencuba yang terbaik untuk berkelakuan baik , tetapi saya ingin meminta maaf terlebih dahulu sekiranya saya hilang rasa bertenang, menjadi takut dan telinga saya menjadi sakit.”

Kredit : Reddit | Ninjashares

Bersama dengan nota yang comel ini ialah beberapa manisan gula-gula dan coklat, yang telah dibungkus untuk para penumpang. Dan bukan itu sahaja.

Nota itu menambah, “Disertakan sepasang penutup telinga sekiranya kicauan kali pertama saya di hadapan khalayak awam tidak menyeronokkan kepada telinga anda seperti mana yang selalu dialami oleh  ibu dan bapa saya.”

Danaus Chang berkata, keadaan dan suasana di dalam kapal terbang itu tiba-tiba berubah ceria apabila penumpang menerima bungkusan tersebut dan membaca notanya.

Menurut Danaus, “Ia seperti dalam satu babak cerita ‘The Grinch Who Stole Christmas’. Saya duduk di situ sambil memandang bungkusan dan tiba-tiba tersenyum. Saya melihat penumpang yang lain dan sekurang-kurangnya lapan penumpang yang lain melihat bungkusan ini sambil turut tersenyum.”

Kredit : Getty Images | KidStock

Danaus Chang mengambil foto beg cenderahati itu dan menghantarnya di Redditdengan menulis, “Seorang bayi baru sahaja menghulurkan saya ini semasa dalam penerbangan. Saya tidak jadi marah.”

Apabila penerbangan telah tiba di Miami, Danaus telah memeriksa akaun Redditnya dan beliau mendapati foto itu telah mendapat perhatian dan menjadi tajuk muka depan Reddit.

Danaus kemudian menghampiri ibu bapa bayi ini dan menyatakan rasa penghargaannya di atas sumbangan bungkusan dan nota itu sambil menunjukkan foto dan posttentangnya yang telah menjadi popular di Reddit.

Katanya, “Pasangan ini menjadi sangat terkejut dan dengan segera beralih pandangan kepada bayi mereka dan kami mengucapkan selamat tinggal. Dan untuk pengetahuan semua, Madeline seorang bayi yang baik dan sangat comel.”

Sikap ibu bapa bayi ini adalah salah satu contoh tauladan yang baik dalam menunjukkan sifat bertimbangrasa kepada orang lain. Kita tidak boleh memandang rendah akan kesan sifat ini yang boleh mengubah keadaan, suasana dan perasaan orang lain.

Jika anda suka dengan kisah ini. Sila berikan sokongan dengan KONGSI bersama rakan anda supaya kami dapat terus berusaha menyediakan kandungan berkualiti buat tatapan komuniti semua. Ribuan Terima Kasih.

Credit – Era Baru