Takziah, Remaja yang dituduh mencuri telefon gurunya kini mengalami mati otak

 

Vasanthapiriya, seorang pelajar Tingkatan 2 SMK Methodist di Nibong Tebal yang cuba membunuh diri selepas dituduh mencuri iPhone gurunya, kini dilaporkan mengalami mati otak.

Menurut satu laporan Free Malaysia Today (FMT), gadis itu mengalami kegagalan organ. Beliau telah diberi sistem sokongan hidup dan sedang menjalani rawatan intensif di Hospital Seberang Jaya.

“Kami berdoa agar keajaiban akan berlaku padanya untuk terus hidup dan memberitahu kami apa yang telah beliau lalui,” kata FMT memetik David Marshel Pakianathan, ahli majlis Majlis Perbandaran Seberang Perai (MPSP) yang membantu keluarga Vasanthapiriya.

Malaysian Tamilar Kural

Berdasarkan laporan polis yang dibuat oleh seorang ahli keluarga di Balai Polis Prai, Vasanthapiriya telah dipanggil untuk disoal siasat oleh 3 guru pada 2.00 petang Rabu lepas.

Salah seorang daripada mereka, seorang guru wanita berusia 40-an, menuduh beliau mencuri telefon bimbit iPhone 6 miliknya, kata laporan itu.

Selepas remaja itu menafikan mencuri telefon bimbit, seorang lagi guru didakwa memukul belakang tubuhnya di hadapan pelajar-pelajar lain.

Menurut keluarga gadis itu, beliau kemudian dikurung 5 jam di dalam sebuah bilik,  tanpa makanan atau dibenarkan ke tandas.

Keluarga itu turut mendakwa bahawa rakan-rakan Vasanthapiriya, yang juga disoal oleh guru-guru berkenaan, mempertahankannya dengan mengatakan Vasanthapiriya tidak mencuri telefon itu.

Vasanthapiriya telah meninggalkan sekeping nota sebelum cuba membunuh diri, “Cikgu (nama dirahsiakan) saya tidak ambil telefon bimbit cikgu,” tulis Vasanthapiriya, bersama ucapan selamat tinggal kepada ibu bapa dan neneknya.

Jabatan Pelajaran Pulau Pinang telah memindahkan guru berkenaan untuk sementara waktu sementara siasatan dalaman sedang dijalankan.

“Sebagai permulaan, guru yang terlibat telah ditempatkan sementara di PPD Seberang Perai Selatan sehingga siasatan selesai.

“Jabatan itu telah membuka kertas siasatan ke atas insiden ini mengikut prosedur operasi standard. Kami tidak bertolak ansur dengan kesilapan yang dibuat oleh mana-mana pihak.

“Kami juga akan bekerjasama dengan pihak polis mengenai perkara ini,” kata Timbalan Pengarah Jabatan Pelajaran Negeri, Mohd Jamil Mohamed.

Malaysian Tamilar Kural

Sementara itu, ibu bapa, yang pilu akibat keadaan anak perempuan mereka, telah mendaftar di kumpulan tekanan hak asasi manusia untuk bantuan undang-undang

Kumpulan itu berkata ibu bapa gadis itu terlalu lemah untuk menghadapi keadaan itu.

Jika anda suka dengan kisah ini. Sila berikan sokongan dengan KONGSI bersama rakan anda supaya kami dapat terus berusaha menyediakan kandungan berkualiti buat tatapan komuniti semua. Ribuan Terima Kasih.

Credit Era Baru