Ustaz Pesan Aliff Syukri Untuk Berpada-Pada! Jangan Sampai..

Gara-gara memuatnaik video mengira wang yang banyak di atas mejanya baru-baru ini, perkara tersebut mengundang rasa kurang senang warga laman sosial malah turut membuatkan Ustaz Ahmad Husam menegur tindakan Aliff Syukri.

Berkongsikan perkara tersebut di Facebookpost tersebut menerima reaksi berbeza. Bagi Ustaz Ahmad Husam, tindakan Aliff menunjukkan kekayaan di laman sosial sepatutnya tidak dilakukan kerana bimbang akan memakan diri.

“Jikalau Dato Seri biasa mendengar nama dan gelaran seperti Qorun, Syadad dan Firaun – mereka ini adalah di antara orang kaya yang Allah binasakan. Saya memohon Allah jauhkan Datuk Seri daripada musibah tersebut. Saya mohon maaf seandainya posting saya ini kurang adabnya”

“Hanya ini saja saluran yang saya ada untuk menyampaikan nasihat ini kepada Datuk Seri, sebab di antara kita tiada cara untuk berhubung. Nasihat ini pun dibuat selepasa saya menunggu tokoh-tokoh agamawan yang lain dahulu memulakannya, tetapi sayang – belim ada yang melakukannya””

“Akhirnya saya terpaksa juga mengalasnya. Demi Allah nasihat ini bukan untuk mengaibkan sesiapa, bukan nak menumpang populariti ke apa tetapi nasihat ini saya buat kerana kasih dan sayang kepada Datuk Siri kerana saya takut doa orang ramai yang menyampah dan meluat kepada Datuk Seri ini didengar oleh Allah dan akhirnya Datuk Seri yang menerima padahnya,” kata Ustaz tersebut di Facebook.

Malah Ustaz Ahmad Husam turut tidak menafikan kebaikan yang dilakukan oleh Aliff yang mungkin tidak diketahui ramai namun sangat berharap agar Aliff mampu membuang sikap menunjuk-nunjuk kerana risau akan timbul perasaan takbur. (rtky/s)

Sumber – https://www.rotikaya.com/ustaz-pesan-aliff-syukri-untuk-berpada-pada/