(Video) Kantoi Berdating? Isteri Menampar Suaminya Di Pusat Membeli Belah!

Sebuah video yang memaparkan seorang lelaki telah dilempang oleh seorang wanita di sebuah pusat membeli-belah telah jadi tular di laman Facebook hari ini.

Wanita yang dipercayai isteri kepada lelaki tersebut telah berjaya menangkap suaminya ‘red handed’ ketika suaminya itu sedang leka ber-dating dengan kekasihnya itu.

Video Player

Video yang telah dimuatnaik oleh sebuah laman page di Facebook hari ini telah mendapat perhatian ramai netizen yang berbeza-beza pendapat mengenai perkara ini.
Sedih betul dengan lelaki macam ini
Seorang pengguna Facebook telah meluahkan perasaan kecewa beliau dengan sikap suami seperti ini. Menurut Muhammad Syazwan Shafei, suami sepatutnya menjalankan tanggungjawab beliau yang telah diamanahkan oleh Allah SWT untuk menjaga isteri mereka dengan seadil-adilnya.

Akan tetapi, komen beliau itu telah dibidas oleh netizen yang lain yang berpendapat bahawa sekiranya suami itu bersalah sekalipun, isteri tidak boleh mengherdik suami apatah lagi memukul suami di khalayak ramai.

Tambah mereka lagi, perbuatan isteri itu seolah-olah mahu membuka aib suami mereka yang sepatutnya dijaga dengan baik oleh seorang isteri.
Kau ingat kami ini tisu pakai buang kah?
Seorang penguna yang lain turut meluahkan perasaan kecewa terhadap segelintir netizen yang lain kerana bertindak menyalahkan isteri lelaki tersebut. Menurut Sofea Annida, perbuatan lelaki seperti ini tidak ubah seperti menganggap kaum wanita dan  kaum ibu hanya sebagai tisu pakai buang sahaja.

Komen yang ditinggalkan oleh Sofea itu kemudiannya telah disambut baik oleh netizen-netizen yang lain yang rata-ratanya berasa jelek  dengan sikap lelaki Melayu sekarang ini, terutamanya di kalangan suami yang berlaku curang terhadap isteri-isteri mereka.

Sumber : Metafora Anafora Press

via http://www.ohmymedia.cc/trending/trend/kasihan-n-buat-isteri-macam-ni-masa-amik-dulu-sehidup-semati-32607/