(Video) Nenek ini berpeluang memandu sendiri Lamborghini dan apa yang berlaku selepas itu pasti membuatkan anda tergelak besar!

Loading...

 

Sebut sahaja Lamborghini pasti anda sudah membayangkan kereta mewah dengan bunyi mengaum yang kuat itu bukan? Pasti tiada sesiapa pun yang akan menolak sekiranya diberi peluang untuk memandu sendiri kenderaan mewah tersebut. Begitu juga dengan nenek Peggy Glenn dan Audrey Linden apabila kedua-duanya berpeluang menaiki dan memandu sendiri kereta Lamborghini tersebut.

Peggy berbaju ungu akan memandu kereta tersebut sambil ditemani rakannya Audrey berbaju biru muda. Kedua-duanya nampak teruja dengan peluang yang diberikan!



“Awak panggil ia Lambo. Saya panggil ia Ghini.”

Loading...

Tetapi sebaik sahaja mereka berada di jalan raya di Los Angeles, mereka telah menunjuk-nunjuk keghairahan sebenar mereka!

Lihatlah tangan yang melambai semua orang yang berada di kawasan sekitar di jalan yang mereka lalui. Nampaknya mereka benar-benar teruja dengan perjalanan itu!

“Kami adalah permaisuri Lamborghini!” 

Loading...

Seorang penunggang basikal berhenti sambil memerhatikan ke arah kereta tersebut. Mungkin dia tidak menyangka bahawa pemandu dan penumpang itu adalah wanita bergelar nenek!



Dan di sinilah detik yang paling melucukan! Mereka tidak tahu di mana hendak meletakkan barang yang telah dibeli lalu meminta bantuan lelaki ini.

Tonton video di bawah untuk melihat sendiri gelagat nenek berdua ini. Sekiranya anda memiliki kereta mewah seperti ini, adakah anda akan membenarkan nenek anda memandunya?

Sumber: VIRALNOVA

Jika anda suka dengan kisah ini. Sila berikan sokongan dengan KONGSI bersama rakan anda supaya kami dapat terus berusaha menyediakan kandungan berkualiti buat tatapan komuniti semua. Ribuan Terima Kasih.

Loading...