(Video) Terlalu Gementar, Khai Bahar Nyanyi Mic Terbalik Di MeleTOP! Aksi Lucu Nabil ‘Cover’ Buat Netizen Terhibur

 

Pada episod terbaru Meletop malam tadi, beberapa orang bakat baru telah menjadi artis jemputan iaitu Khai Bahar, Haqiem Rusli, Wany Hasrita dan Asad Motawh.

Seperti biasa, apabila artis jemputan bergabung dengan hos yang gila-gila seperti Neelofa dan Nabil rancangan memang akan havoc habis! Ada je idea Nabil nak menyakat dorang semua ini kan.

Namun, apa yang menjadi perhatian dan perbualan netizen adalah aksi lucu Khai Bahar yang tak perasan mic terbalik. Punyalah syok ambil feel sampai tak perasan! Hahaha. Nasiblah suara maintain power! Habislah Khai kena bahan setahun dengan Nabil hahaha

 

Malu oi, mic terbalik!

 

Di instagram story, Khai Bahar juga ada meminta maaf kerana telah mencetuskan ‘insiden’ melucukan tersebut. Menurutnya, Khai terlalu gementar berdepan dengan peminat yang ramai di hadapannya.

Dahla tengah live, ramai orang pulak tuuu adui memang malu betul. Hahaha. Merah padam muka Khai nasib baiklah Nabil dengan selambanya peluk dan menutup muka Khai.

Fuh memang lain macamlah aura Khai Bahar ni kan, mic terbalik pun orang boleh suka. Diharapkan janganlah pula Khai ulang lagi kejadian ni okay! 🙂

 

sumber : mStar Online, youtube MeleTOP via kisah dunia