[VIDEO]Huh!, Ingatkan Kes Cubaan Samun, Rupa2nya Lelaki Digilis Kerana Berang Dihon Lori Tangki Minyak

 

BERANG dan tidak berpuas hati apabila, pemandu lori membunyikan hon, seorang lelaki cuba mengejar dan membuka pintu lori tangki minyak.

Mamun sikap marah itu membawa padah apabila beliau terjatuh dan digilis.

Ketua Polis Daerah Segamat, Superitenden Raub Selamat, beliau menafikan video tular di laman sosial itu adalah cubaan kes samun.

Jelasnya kejadian berlaku di Jalan Buluh Kasap, Segamat menuju ke Seremban kira-kira jam 4.45 petang, Isnin lalu.

Kes berpunca apabila dua lelaki menaiki motosikal tidak berpuas hati dengan tindakan pemandu lori tangki minyak membunyikan hon.

Lori ini kemudian mereka ekori, dan pembonceng motosikal tersebut cuba memanjat pintu lori yang sedang bergerak.

Namun gagal, dia terjatuh dan digilis. Mangsa belum dikenal pasti identitinya cedera parah di kaki.

sumber; www.mynewshub.cc