Anak lelaki Fatin Afeefa tidak ada kaitan dengan Adam Shahz!

Loading...

PELAKON Adam Shahz tidak mahu mengambil tahu mengenai anak lelaki bekas isterinya, Fatin Afeefa kerana beranggapan kanak-kanak itu bukan darah dagingnya.

Adam berkata hubungannya dengan anak sulung Fatin, Adam Aisy Arrian, 6, itu hanya ketika mereka masih lagi suami dan isteri.

Bagi Adam, selepas perceraian tanggungjawab dia terhadap anak perempuannya, Ivy Herra Sophia yang kini berusia tiga tahun sahaja.

“Saya ada kaitan dengan dia dan anaknya sebelum perceraian sahaja. Selepas itu, bagi saya tak ada apa-apa dan saya tak nak ambil tahu.

“Anak perempuan saya selalu ambil untuk jaga dan memang anak saya seorang itu sahaja. Yang bukan hak saya, buat apa saya nak jaga.

Loading...

 


Fatin mendedahkan anak sulungnya adalah hasil daripada perkahwinan pertama.

“Bagi saya, yang bukan hak, kita kembalikan semula hak tersebut,” kata Adam kepada mStar Online.

Adam ditemui ketika malam tayangan filem Kalla: Hidup Atau Mati di GSC Signature The Garden Mall, Kuala Lumpur pada Jumaat.

Loading...

Pelakon Juvana ini diminta mengulas mengenai kenyataan Fatin yang mendedahkan Arrian adalah anak daripada hasil perkahwinan pertama pelakon wanita itu.

Fatin mendedahkan perkara tersebut selepas netizen mempersoalkan usia Arrian tidak sama dengan tahun perkahwinannya dengan Adam.

Sebelum ini, Adam pernah menjelaskan bahawa Arrian adalah anak angkat dan bukan anak kandungnya.

Dalam pada itu, Adam enggan mengulas lebih lanjut mengenai perkara tersebut kerana tidak mahu mengeruhkan keadaan atau pergaduhan antara dua pihak.

Adam akan menjaga anak perempuan di waktu cuti.

“Sebenarnya saya tak nak komen apa-apa mengenai perkara itu. Kalau dia sendiri dah kata begitu, betul la kut.

“Bagi saya, biarlah ianya menjadi rahsia sepanjang saya bersama dia. Saya tak bagi kenyataan yang boleh mengeruhkan keadaan lagi.

“Takut nanti kenyataan saya itu boleh mendatangkan pergaduhan antara dua belah pihak,” ujarnya.

Adam berkahwin dengan Fatin atau Fatin Nur Afifah Shamsudin pada 21 Disember 2013 namun kedua-duanya mengambil keputusan untuk berpisah pada 30 Mei tahun lalu.

Hasil perkahwinan itu, mereka dikurniakan seorang cahaya mata perempuan, Ivy Herra Sophia.

Baca lebih lanjut di http://www.mstar.com.my/hiburan/berita-hiburan/2018/10/07/adam-shahz/#HyDFFiAjtvbLVQKr.99

Loading...