Jericho ‘bahan’ McGregor

Loading...

LEGENDA WWE, Chris Jericho tidak ketinggalan menjadi ‘penambah perasa’ kepada kekalahan mengaibkan Conor McGregor di tangan Khabib Nurmagomedov dalam UFC 229 semalam.

Menjawab soalan daripada pengikutnya di laman Twitter sama ada mahu mengubah angin ke gelanggang UFC selepas ini, Jericho membalasnya dengan gurauan kasar yang seolah-olah menyindir kekalahan McGregor.

“Kenapa tidak (berhijrah ke UFC)? Saya mungkin dapat menewaskan @TheNotoriousMMA (McGregor) pada waktu dan usia ini,” kata penggusti berusia 47 tahun itu.

Jawapan mencuit hati Jericho yang turut digelar Y2J itu telah mendapat lebih 3,000 tanda suka dan hampir 500 perkongsian ciapan (retweet).

Terdahulu, dalam aksi pertarungan merebut tali pinggang Lightweight di Las Vegas, McGregor telah ‘bermurah hati’ menghadiahkan kemenangan ke-27 berturut-turut kepada Khabib apabila menyerah kalah di pusingan keempat selepas lehernya dikunci petarung dari Rusia itu.

Loading...

Loading...