Kejam Anak Penggal Kepala Bapa Sendiri Sebelum Kerat Enam..

Loading...

IPOH – Seorang lelaki warga emas maut dipenggal anak sendiri sebelum mayatnya dibuang dalam lubang pembentungan di rumah mangsa di Kampung Kanthan Baru di sini hari ini.
Lebih menyayatkan hati, mangsa yang juga orang kelainan upaya dikerat kepada enam bahagian sebelum ditanam di dalam lubang pembentungan sedalam 1.5 meter.

Kepala mangsa pula ditemui sejauh 12 meter dari lokasi badan ditanam.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Perak, Asisten Komisioner Yahya Abd. Rahman berkata, mangsa dikenali sebagai You Su Kim berusia 73 tahun.

Katanya, polis telah berjaya memberkas suspek yang berusia 52 tahun kira-kira pukul 1.30 petang tadi sewaktu dia menaiki kereta untuk pulang ke rumah dan cuba melarikan diri sebelum ditahan.

“Suspek mengakui bahawa dia telah membunuh bapa yang memarahinya ekoran dia sedang khayal syabu di dalam rumah tersebut.

Loading...

“Berang dengan bapanya, suspek telah mengambil tindakan drastik dengan membunuh bapanya sebelum badannya dibuang ke dalam lubang pembentungan,” katanya ketika ditemui pemberita di lokasi kejadian sebentar tadi.

Jelasnya, siasatan di lokadi kejadian, polis menemui sebilah parang sepanjang 0.6 meter yang dipercayai digunakan untuk membunuh bapanya di dalam salah satu daripada lima bilik di rumah itu.

Menurut Yahya, berdasarkan maklumat daripada jiran mendapati, suspek dipercayai bertengkar dengan bapanya kira-kira pukul 7 petang semalam.

“Suspek juga dipercayai telah membunuh bapanya pada tengah malam tadi sebelum menanam badan bapanya di dalam lubang pembentungan.

Loading...

“Kepala mangsa telah ditanam di dalam tanah berhampiran lubang pembentungan itu,” katanya.

Tambahnya, polis telah menahan suspek dan kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh.

Sumber: Kosmo Online

Loading...