Rupa-Rupanya, Bukan Hadi & Farah Je Yang Jadi Mangsa Video Kahwin ‘Unik’

Loading...

Hari ini rata-rata netizen di Malaysia begitu rancak membincangkan tentang video kahwin ‘unik’ yang viral sejak malam tadi

Pengantin perempuan untuk video kahwin tersebut, Farah Nisa telah meluahkan rasa kecewanya menerusi laman Instagram.

Dalam perkongsiannya itu, Farah berkata dia hampir menangis setelah menyaksikan video itu yang dianggapnya sama tahap seperti ‘PowerPoint presentation’.

9ecf

Image viaInstagram @farahnisa.fn

Loading...

9089

Image viaInstagram @farahnisa.fn

Pada mulanya kami tertanya-tanya:

“Teruk sangat ke video tu?”

Setelah melihatnya dengan mata kepala sendiri, kami rasa video berdurasi 12 minit yang telah mendapat hampir 600,000 tontonan ini sememangnya mampu buat sesiapa pun tepuk dahi dan geleng kepala.

Loading...

Lihat di bawah:

Paling menarik, videografer tersebut berkata bahawa video itu hebat, unik, dinamik, dan macam-macam lagi apabila dihubungi Farah

2741

Image viaInstagram @farahnisa.fn

Ca62

Image viaInstagram @farahnisa.fn

Netizen yang terhibur dengan suntingan luar biasa tahap tak tercapai dek akal mula menggali lebih banyak info tentang videografer berkenaan di media sosial

Kami sangkakan ini adalah video pertama yang dia pernah sunting. Rupa-rupanya sudah ramai pengantin lain yang mengambil khidmatnya, malah dia sudah berada dalam bidang ini sejak tahun 2014 lagi!

Saksikan beberapa kompilasi suntingan beliau di bawah:

1. Video promo

2. Idea luar biasa

3. Terlajak kreatif

4. Video perkahwinan lain

5. Bukan biasa-biasa

6. Errr… Pengantin bertukar?

Lebih lucu, fotografer untuk majlis tersebut turut terkena tempias kritikan orang ramai, sehingga wakilnya terpaksa memuat naik satu status menjelaskan keadaan

Ok, jom ramai-ramai tepuk dahi
Rupanya Wedding Planner Buat Hal..


Photographer dari company lain..

Videographer rasa video dah cukup cantik


‘Saya ingatkan dia ada masalah mental edit video macam tu..’

Jangan layan klien seperti perkara mudah

Sumber: Facebook Farah Nisa / Says

Loading...