Tak Sangka Boleh Pantau Handphone Anak Guna Cara Ni, Ibu Ini Kongsi Step Mudah Ibu Bapa Perlu Buat

Loading...

Kemajuan teknologi sudah banyak mendedahkan kanak-kanak dengan gejala yang tidak sihat. Lihat sahaja kes yang dilaporkan di media massa, di usia mentah mereka sudah terpengaruh dengan perkara negatif, salah satu puncanya adalah menggunakan gadjet seperti telefon bimbit atau ipad secara berleluasa. Tidak dinafikan, ada di antara kanak-kanak di bangku sekolah rendah yang menggunkaan telefon bimbit sebagai satu keperluan tetapi sebenarnya ibu bapa boleh memantau atau mengawal penggunaan telefon bimbit anak dari jauh.

Perkongsian oleh seorang wanita melalui laman facebooknya ini boleh dijadikan panduan oleh semua ibu bapa di luar sana. Ikut je step mudah di bawah nie. Lepas nie, ibu bapa tak perlu rasa bimbang lagi sekiranya anak-anak anda terdedah dengan aplikasi atau games yang tidak bermanfaat kerana setiap satunya memerlukan keizinan daripada ibu bapa untuk dimuat turun terlebih dahulu.

Boleh sudah kawal anak punya phone..

Pakai family link, kalau anak-anak ada phone sendiri, parents mesti download family link, lepastu perlu aktifkan tu family link jadi boleh pantau phone anak setiap masa..

Kalau ada apps yang tidak ngam untuk budak-budak diorang tak boleh download, games atau apps pun kena minta approved dulu sama parents baru boleh download, direct di phone parents.. paling best kita boleh set tu phone diorang dari phone kita..

yxuwsijx

Sumber : FB Selly

Loading...
Loading...